Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ideologyideologiSains PolitikHubungan AntarabangsaPola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet.
nitrous oxidenitrus oksidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa.

Kembali ke atas