reverse light | lampu undur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lampu putih yang terletak di belakang kenderaan, yang akan menyala apabila sistem penghantaran dianjak ke kedudukan gear undur. |
backwash | ombak undur | Sains Marin | Tiada | Pergerakan air laut ke kaki pantai disebabkan tarikan graviti. Pergerakan berlaku setelah berlakunya pemecahan ombak di pantai. |
alimentation | alimentasi | Geologi | Tiada | 1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi. |
heroism | kewiraan/heroisme | Kesusasteraan | Puisi | Aliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela. |