tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa. |
motto | cogan kata | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan yang secara relatifnya pendek yang disisipkan dalam sesuatu rangkap atau sesebuah puisi. Biasanya ungkapan ini digunakan dalam puisi yang membawa tema dan persoalan tentang kebudayaan, agama dan sebagainya. Contohnya, Bahasa Jiwa Bangsa. Sinonim moto. |
reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
shi�r | shi�r | Kesusasteraan | Tiada | Suatu ungkapan kata-kata yang sengaja diberikan wazan. Wazan ialah pembentukan perkataan berdasarkan bilangan, huruf dan sebutan serta mempunyai qafiah, iaitu huruf akhir dalam bait. Ungkapan kata-kata yang mempunyai wazan dan qafiah mempunyai unsur imaginasi atau khayalan yang indah serta melukiskan peristiwa yang ada. Unsur asasi dalam sesebuah shi�r Arab ialah perkataan, bahasa, wazan, qafiah, qasad dan khayalan. Antara penulis shi�r yang terkenal ialah Hassan ibn Thabit. Shi�r dalam bahasa Arab bermaksud �puisi�. Lihat juga syair. |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
dysphemism | desfemisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
passphrase | ungkapan laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ayat biasa yang digunakan untuk menggantikan kata laluan. Penggunaannya bertujuan untuk menyukarkan serangan kata laluan. |
dysphemism | ungkapan kasar | Kesusasteraan | Puisi | Lihat desfemisme . |