imprint | teraan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tanda unik pada permukaan ubat berbentuk dos pepejal untuk menentukan identiti produk ubat, bahan aktif, kekuatan, dan pengilang atau pengedar produk. Teraan ini terdiri daripada huruf, nombor, atau gabungan huruf dan nombor, termasuk kata-kata, nama syarikat, tanda, simbol, logo atau monogram. |
e-ISBN | e-ISBN | - | Tiada | Nombor pengenalan unik untuk judul buku versi elektronik. |
e-ISSN | e-ISSN | - | Tiada | Nombor pengenalan unik untuk bahan terbitan berkala versi elektronik. |
referral code | kod rujukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gabungan unik antara nombor, huruf atau kedua-duanya yang diberikan kepada pengguna/pelanggan untuk dikongsikan dan digunakan oleh pengguna/pelanggan lain bagi mendapatkan ganjaran wang tunai atau diskaun semasa membuat pembelian barangan atau perkhidmatan tertentu. Pemilik kod rujukan akan mendapat ganjaran setiap kali kod tersebut digunakan. |
chemical fingerprinting | pencapjarian kimia | Herba | Pemiawaian | Proses penghasilan signal unik yang menunjukkan kehadiran sesuatu molekul tertentu. Pencapjarian kimia dilakukan dengan menggunakan teknik analisis khusus seperti kromatografi atau spektroskopi. Pencapjarian ini digunakan untuk mengenal pasti sesuatu herba dalam sampel yang tidak diketahui. Contohnya, pencapjarian tongkat ali (Eurycoma longifolia) berdasarkan sebatian eurikomanon. |
novelty | perhiasan kecil; ke(baharuan) | Kesenian | Tiada | Citra yang bersaiz kecil, unik, dan menarik yang lazimnya dijadikan sebagai cenderamata. |
food hunting | pemburuan makanan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti mencari tempat makan baharu atau unik, terutamanya semasa melancong atau menjelajah bandar atau kawasan yang baharu. |
herbal marker compound | sebatian penanda herba | Herba | Tiada | Sebarang komponen kimia tulen dan unik yang terkandung dalam suatu bahan herba dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai keaslian dan kualiti bahan mentah herba. Sebatian penanda herba merupakan satu atau campuran beberapa komponen kimia yang aktif atau yang tidak aktif secara biologi. Kandungan sebatian penanda herba ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Kandungan sebatian penanda herba yang mematuhi had piawai menunjukkan bahawa bahan mentah atau sediaan herba tersebut memenuhi syarat spesifikasi herba piawai. Contohnya, sebatian penanda asiatikosida dalam pegaga, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih. |
International Standard Book Number (ISBN) | Nombor Buku Piawaian Antarabangsa (ISBN) | - | Tiada | Nombor pengenalan unik bagi judul buku bercetak. |
International Standard Serial Number (ISSN) | Nombor Bersiri Piawaian Antarabangsa (ISSN) | - | Tiada | Nombor pengenalan unik bagi bahan terbitan berkala |