Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.ju/] | اونجوق

Definisi : ; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan; ~ yg tidak diberikan prb berjanji akan mem-berikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja; mengunjuk 1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~; mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semua-nya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan tangan ke atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.ju/] | اونجوق

Definisi : tunjuk; mengunjuk menunjuk; mengunjukkan memberitahu dgn menunjuk, memperlihatkan, menunjukkan: Penghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai itu; pengunjukan perihal (perbuatan dsb) meng-unjukkan (menunjukkan), sesuatu yg memberi-tahu atau yg menunjukkan, petunjuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.ju/] | اونجوق

Definisi : ; mengunjuk mengangkat serta menghulurkan tangan ke atas, ke hadapan dsb. mengunjukkan 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. pengunjukan perbuatan atau hal mengunjukkan; pemberian dgn tangan terhulur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unjuk
Kata Terbitan : mengunjuk, mengunjukkan,

Puisi
 

Mudik ke hulu pengayuh jatuh,
     Buat bersunting bunga delima;
Unjuk sirih pinang jatuh,
     Baru tidak berjari lima.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqd mu‘āṭāhakad unjuk terimaPerniagaan IslamTiadaLihat akad unjuk terima.
التقابضunjuk terimaAgama IslamFiqhPertukaran barang yang dilakukan oleh kedua pihak yang mengadakan akad jual beli.
المعاطاةunjuk terima (jual beli)Agama IslamFiqhJual beli cara memberi dan mengambil tanpa mengucapkan lafaz akad.
taqbudunjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah.
‘aqd ta‘atiakad unjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPerbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah.

Kembali ke atas