Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.jur] | اونجور

Definisi : ; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.jur] | اونجور

Definisi : ; mengunjur duduk atau berbaring dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; berlunjur: Dia ~ di kaki lima. mengunjurkan meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. terunjur kedua-dua belah kaki diluruskan sewaktu duduk atau berbaring. unjuran tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[un.jur] | اونجور

Definisi : ; mengunjur menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. mengunjurkan 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. unjuran 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unjur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bay windowtingkap unjurPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bay windowtingkap unjurPenilaian Harta TanahTiadaTiada

Kembali ke atas