Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unjuran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dendritedendritPerubatanTiada1. Dendrit: Cabang kecil unjuran-unjuran badan sel neuron, membuat sentuhan dengan neuron lain pada sinaps.
compound spitanak tanjung majmukGeologiTiadaTetanjung rencaman yang menunjukkan unjuran-unjuran pertama pasir lebih daripada satu.
cytoplasmic streamingpengaliran sitoplasmaPerubatanTiada1. Pengaliran sitoplasma untuk membentuk unjuran-unjuran atau pseudopodium.
prickle cell layerlapisan sel prikelPerubatanTiadaLapisan sel pada epidermis yang selnya mempunyai unjuran-unjuran halus yang berhubungan dengan sel-sel yang sama.
dentinal tubuletubul dentinPerubatanTiadaSaluran kecil pada dentin, bermula dari kaviti pulpa hingga ke enamel dan mengandungi unjuran-unjuran odontoblas.
perspectiveperspektifGeografiTiada2. Kumpulan unjuran peta yang terdiri daripada unjuran kon, unjuran silinder dan unjuran azimut.
exosporeeksosporaBiologiMikologiLapisan yang menutupi epispora dan menjadi lapisan paling luar setelah perispora hilang. Lapisan ini kadang-kadang ditembusi unjuran-unjuran yang berasal daripada epispora. bd. epispora.
cytoplasmic bridgetitian sitoplasmaPerubatanTiada1. Jaluran protoplasma yang menghubungkan dua spermatosit sekunder.,2. Struktur dalam lapisan sel epidermis yang terbentuk apabila unjuran-unjuran pendek sitoplasma pada permukaan sel bertemu.
homolosine projectionunjuran homolosinGeografiTiadaUnjuran peta yang mengabungkan unjuran Mollweide dan unjuran sinusoidal.
regional projectionunjuran wilayah; unjuran serantauKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas