Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tai] | اونتاي

Definisi : 1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tai] | اونتاي

Definisi : 1 benang atau tali yg digunakan utk mengarang manik, buah tasbih dll. 2 penjodoh bilangan utk benda yg berangkaian (spt rantai); utas: Suaminya telah membelikan dia se~ kalung berlian. 3 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak dsb) yg lengkap. beruntai-untai banyak untainya; berangkai-rangkai. untaian sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai; rangkaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untai (kata nama)
1. Dalam konteks benang
bersinonim dengan utas, tali, lawai, lembar,

2. Dalam konteks penjodoh bilangan
bersinonim dengan utas, susunan, rangkaian, rangkap,

Kata Terbitan : beruntai, teruntai, untaian,

Puisi
 

Buah berembang buah bidara,
     Masak seuntai dua untai;
Anak bersubang disangka dara,
     Macam mumbang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baytbaitKesusasteraanPuisiBaris-baris yang membina rangkap atau untai sesebuah puisi. Dalam puisi tradisional seperti pantun dan syair biasanya sesuatu bait itu terdiri daripada empat baris atau enam baris. Manakala dalam puisi moden jumlahnya tidak tetap.
pararhymepararimaKesusasteraanPuisiRima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara.
pantun dua keratpantun dua keratKesusasteraanPuisiPantun yang hanya terdiri daripada dua baris saja dalam setiap untai atau rangkap. Lazimnya setiap baris pantun dua kerat ini terdiri daripada empat perkataan yang rima hujung setiap baris itu serima. Contohnya, Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Sinonim pantun kilat, karmina.
berzanjiberzanjiKesusasteraanPuisiPuisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi.
pupuhpupuhKesusasteraanPuisiNama atau bentuk lagu yang dikenali di kalangan masyarakat Jawa Barat khususnya Sunda. Bentuk lagu ini terikat dengan jumlah suku kata tertentu dan juga baris dalam sesuatu bait atau untai. Sinonim kanto.
conventionkonvensiKesusasteraanPuisiAturan dalam proses mencipta sesebuah puisi. Konvensi mungkin terdiri daripada tema, gaya bahasa, teknik pengucapan dan sebagainya. Lazimnya, sesuatu konvensi yang diguna pakai itu sudah diterima oleh khalayak. Contohnya, syair ditetapkan mempunyai empat baris dalam setiap untai atau rangkap. Keempat-empat barisnya mempunyai maksud, iaitu tiada pembayang seperti pantun dan mempunyai rima akhir a a a a.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.

Kembali ke atas