Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binary digitdigit deduaPentadbiran PerniagaanTiadaUnit paling kecil, iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua.
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.
refractive indexindeks biasanHerbaTiadaNisbah halaju fasa cahaya di dalam vakum terhadap halaju fasa cahaya di dalam medium. Penentuan indeks biasan berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu minyak herba. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai indeks biasan minyak serai wangi ialah 1.463 - 1.475 dan minyak kayu putih ialah 1.458 - 1.470.
cubic centimenter (cc)sentimeter padu (cm�)Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin.
drug storestor ubatSains KesihatanTiada1. Tempat untuk menyimpan ubat. 2. Nama lain untuk premis farmasi.
infrared spectrophotometryspektrofotometri inframerahHerbaTiadaKaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
level 1 probabilistic safety asessment (PSA)pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1Sains NuklearKejuruteraan ReaktorPenilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan.
caliperangkupKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Alat untuk mengukur diameter silinder atau sfera. (2) Alat yang terdapat dalam brek cakera, yang merupakan bekas untuk lapik brek dan omboh brek.
femtometerfemtometerFizikNanoteknologiUnit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer.
brushberus; berus karbonKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Alat untuk mengecat. (2) Bongkah yang dibuat daripada bahan campuran karbon yang digunakan untuk menggosok permukaan berputar.
12345678910...

Kembali ke atas