Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rai] | اوراي

Definisi : 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rai] | اوراي

Definisi : ; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urai

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sliverurai; kapas uraiPentadbiran PerniagaanTiadaUrai: Tidak pukal atau padat, lepas terbuka atau tidak terikat.
sliverurai; kapas uraiSosiologiTiadaTiada
undegradable proteinprotein tak boleh uraiVeterinarTiadaLihat protein tak boleh urai rumen.
degradable potpasu mudah uraiLandskapTiadaPasu semai an atau percambahan semen tara yang diperbuat daripada bahan mudah urai. Contohnya, pasu Jiffy.
rumen degradable protein (RDP)protein boleh urai rumenVeterinarTiadaProtein yang mempunyai nilai kebolehuraian yang tinggi dalam rumen. Protein ini akan diubah menjadi protein bakteria dan protozoa yang mempunyai nilai biologi (BV) sebanyak 0.7-0.75. Protein dalam makanan akan dihidrolisis oleh mikroorganisma dalam rumen menjadi peptida dan asid amino, tetapi sebahagiannya akan diurai lagi melalui tindak balas penyahaminaan menjadi asid organik, ammonia dan karbon dioksida. Contoh protein ini ialah kacang soya, mil daging, susu dan telur. Nitrogen bukan protein (NPN) seperti urea, asid urik dan ammonia boleh dianggap sebagai protein boleh urai kerana ia boleh juga diubah menjadi protein bakteria dalam rumen. Lihat juga protein tak boleh urai rumen.
rumen undegradable protein (UDP)protein tak boleh urai rumenVeterinarTiadaProtein yang tidak ditindak balas oleh mikrob apabila berada di dalam rumen tetapi akan dicerna oleh enzim-enzim pencernaan di dalam perut sebenar dan usus kecil. Protein jenis boleh dicerna dan diserap terus oleh ternakan. Haiwan ruminan yang diberi makan protein ini akan mendapat asid amino secara terus dan sesuai untuk haiwan yang cepat membesar dan menghasilkan susu yang banyak. Dalam keadaan biasa, haiwan ruminan mendapat protein daripada mikrob yang disintesis daripada bahan makanan. Contoh protein jenis ini ialah mil ikan, mil kacang soya yang dirawat dengan formaldehid dan mil biji kapas. Sinonim protein tak boleh urai. Lihat juga protein boleh urai rumen.
decomposeurai; reputFizikTiadaTiada
decomposeurai; reputMatematikTiadaMemisahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian atau komponen-komponennya, seperti vektor.
decomposeurai; reputPertanianTiadaTiada
decomposeurai; reputKimiaTiadaTiada
1234

Kembali ke atas