Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ur.ba.ni.sa.si] | اوربانيساسي

Definisi : proses, usaha, dsb menjadikan sesuatu keadaan, kawasan, dsb bersifat bandar, pem-bandaran: begitu juga hasil drpd industriali-sasi dan ~, berlakunya perhijrahan dr desa ke kota; mengurbanisasikan menjadikan sesuatu kawasan itu bandar, membandarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urbanisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
urbanization policydasar urbanisasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaDasar yang dirumuskan untuk mencapai dan mengawal urbanisasi.
urbanizationurbanisasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Perpindahan atau penghijrahan dari luar bandar ke bandar. (2) Perkembangan saiz sesebuah bandar. (3) Peningkatan taraf petempatan daripada bukan bandar menjadi bandar.
solidarityperpaduanSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti.

Kembali ke atas