urethritis | uretritis | Herba | Fitoterapi | Keradangan saluran uretra, iaitu saluran yang membawa urin keluar dari pundi kencing ke luar badan. |
blennorrhagia | blenoragia | Herba | Fitoterapi | Lelehan mukus yang berlebihan dari uretra atau vagina terutamanya merujuk kepada penyakit gonorea. |
gleet | glet | Herba | Fitoterapi | Rembesan mukus atau lendir nipis yang kronik dari uretra atau vagina. |
benign prostatic hyperplasia | hiperplasia prostat benigna | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra. |
reproductive system | sistem pembiakan | Kejururawatan | Tiada | Organ-organ berhubungan dengan organ pembiakan. Bagi lelaki, ia terdiri daripada testis, vas deferens, kelenjar prostat, vesikel seminal, uretra, dan penis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tiub Fallopio, uterus, vagina, dan vulva. |
male genitalia | genitalia jantan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Organ pembiakan haiwan jantan terdiri daripada genitalia luaran dan dalaman. Genitalia luaran haiwan jantan terdiri daripada penis, uretra dan skrotum. Manakala genitalia dalaman haiwan jantan terdiri daripada testis, epidimis, vas deferens, vesikal seminal, prostat, kelenjar bulbouretra dan duktus pemancutan. |
seminal plasma | plasma seminal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen. |