proteinuria | proteinuria | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kehadiran protein khususnya albumin dalam urin yang melebihi paras normal. Protein berlebihan dalam urin menyebabkan urin berbuih. Proteinuria merupakan tanda kegagalan buah pinggang. |
urinometer | urinometer | Biologi | Fisiologi | Alat yang digunakan untuk mengukur ketumpatan bandingan urin. Jika hendak digunakan, alat ini diletakkan di dalam urin dan ketumpatan bandingannya diketahui dengan melihat kedalaman alat ini tenggelam di dalam urin. Dinamakan juga urometer; urogravimeter. |
acid diuresis | diuresis asid | Perubatan | Tiada | Proses mengasidkan dan meningkatkan pembuangan urin. Proses ini digunakan dalam rawatan keracunan bahan yang bersifat bes lemah seperti Methylphenidate dan Pseudoephedrine. Isi padu urin ditingkatkan dengan pemberian cecair intravena yang banyak, manakala pH urin direndahkan kurang dari pH 5 dengan pemberian ammonium klorida atau asid askorbik. Antara kesan sampingan diuresis asid ialah asidosis metabolik dan peningkatan isi padu cecair badan. |
alkaline diuresis | diuresis alkali | Perubatan | Tiada | Proses mengalkalikan dan meningkatkan pembuangan urin. Proses ini digunakan dalam rawatan keracunan bahan yang bersifat asid lemah seperti asid salisilat, barbiturat dan herbisid klorofenoksi. Isi padu urin ditingkatkan dengan pemberian cecair intravena yang banyak, manakala pH urin ditingkatkan kepada pH 7.5 hingga pH 8 dengan pemberian natrium bikarbonat atau ubat Acetazolamide. Antara kesan sampingan diuresis alkali ialah alkalosis metabolik dan peningkatan isi padu cecair badan. |
maple syrup urine disease | penyakit urin sirap mapel | Perubatan | Tiada | Urin yang berbau seperti sirap mapel kerana lebihan valina, leusina, isoleusina dan alloisoleusina, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kerencatan mental dan kematian pada peringkat bayi. |
endogenous urinary nitrogen | nitrogen urin endogen | Veterinar | Tiada | Nitrogen yang terdapat dalam urin yang berasal daripada penguraian protein dalam tubuh seperti yang dibebaskan dalam proses katabolisme. Sebatian ini terdiri daripada urea, asid purik, purina dan amina. |
incontinence of urine | inkontinens urin | Perubatan | Tiada | Ketakupayaan mengawal pembuangan air kencing atau urin. |
urethra | uretra | Veterinar | Praklinikal | Tiub penyaliran urin. Uretra bermula dari pundi ke meatus urin luaran. Uretra terbahagi kepada dua; iaitu uretra pelvis dan uretra penis. Pada jantan; uretra merupakan tiub penyaliran bagi testis dan kelenjar aksesori seks seperti kelenjar prostat dan vesikel seminal. |
diuretic | diuretik | Sosiologi | Tiada | 1. Bertambahnya pengumuhan urin. 2. Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin. |
diuretic | diuretik | Perubatan | Tiada | 1. Bertambahnya pengumuhan urin. 2. Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin. |