secure electronic transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain. |
state craft | mahir urus negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | lImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. |
Secure Electronic Transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol piawai yang direka bentuk untuk memastikan urusan e-dagang melalui Internet lebih selamat. Urus niaga elektronik selamat (SET) merupakan hasil usaha sama GTE, IBM MasterCard, Microsoft Netscape, SAIC, Terisa SYStems, BeriSiGN dan Visa. |
merchant bank | bank saudagar | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |
double entry | catatan bergu | Ekonomi | Tiada | Kaedah mencatat setiap urus niaga kepada dua bahagian dalam akaun, iaitu debit dan kredit. Misalnya, catatan ini digunakan untuk merekodkan urus niaga dalam imbangan pembayaran, iaitu apabila sesebuah negara mengeksport sesuatu barang; bahagian debit mencatatkan penerimaan bayaran nilai eksport, manakala bahagian kredit mencatatkan nilai barang berkenaan. |
whole account treaty | triti akaun menyeluruh | insurans | Tiada | Triti reinsurans yang merangkumi semua insurans yang ditulis dalam bahagian tertentu urus niaga syarikat mengesid. Contoh: jika seseorang pengunderait telah mengreinsuranskan akaun marinnya berdasarkan akaun menyeluruh, reinsurans ini juga akan meliputi urus niaga bukan marin dalam akaun tersebut. |
dealings | urus niaga | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dealings | urus niaga | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
governance | tadbir urus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat kepemerintahan. |