Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tukang ~ orang yg kerjanya memicit-micit badan orang lain yg sakit-sakit. berurut membiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll. mengurut 1 memicit-micit dan menggosok-gosok badan atau bahagian-bahagiannya dgn tangan: Emaknya pandai ~. 2 menggosok perlahan-lahan dgn tangan utk membelai dll; mengusap: Ia ~ kepala anaknya sambil mengatakan sesuatu. ~ dada mengusap dada kerana sedih, kecewa dsb. urutan gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). pengurutan perbuatan atau hal mengurut. pengurut alat (mesin dsb) yg digunakan utk mengurut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urut (kata kerja)
Bersinonim dengan picit, ramas, gosok, tekan-tekan, gasor, sengkak;,
Kata Terbitan : mengurut, urutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
massageurutHerbaFitoterapiPerbuatan mengosok dan memicit anggota badan. Urut bertujuan untuk merangsang peredaran darah, meredakan tekanan dan memulihkan urat yang tegang atau sendi terseliuh.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.

Kembali ke atas