uterus | uterus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina dan merupakan tempat tumbesaran fetus semasa bunting. Dalam haiwan, terdapat pelbagai bentuk uterus sama ada uterus simpleks seperti dalam primat atau uterus dupleks seperti dalam ruminan. |
embryo | embrio | Kejururawatan | Tiada | Hasil konsepsi di dalam uterus pada hari keempat selepas persenyawaan sehingga ke akhir minggu kelapan perkembangan janin. |
menstruation | haid | Kejururawatan | Tiada | Keluruhan tisu endometrium dari uterus yang tidak mengandung dan berlaku secara berkala bermula dari menarke sehingga menopaus. |
pregnancy | kehamilan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin. |
amniocentesis | amniosentesis | Kejururawatan | Tiada | Prosedur mengambil sampel cecair amnion melalui tusukan uterus untuk kajian genetik. |
labour pain | sakit bersalin | Kejururawatan | Tiada | Perihal kesakitan akut yang bercirikan kontraksi uterus semasa bersalin. |
after pain's | sakit susul | Kejururawatan | Tiada | Sakit selepas bersalin akibat kontraksi otot uterus semasa involusi. |
abdominal pregnancy | kebuntingan abdomen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Pembentukan fetus berlaku dalam abdomen, tetapi di luar uterus. Kebuntingan abdomen juga dikenali sebagai kebuntingan ektopik. Kebuntingan abdomen berlaku dalam rongga abdomen dan juga dalam oviduk. |
embryo | embrio | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat awal perkembangan organisma multisel yang terhasil selepas persenyawaan. Embrio berkembang di dalam uterus atau telur. |
oviduct | oviduk | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina. Oviduk merupakan tiub yang terletak di antara uterus dan ovari. Oviduk juga merupakan tempat berlakunya persenyawaan, iaitu ovum yang terovulasi daripada ovari akan bergerak melalui oviduk dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. |