cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |
herbal medicine | perubatan herba | Herba | Tiada | Ilmu perubatan yang menggunakan bahan herba dalam bentuk utuh dan ekstrak tumbuhan sebagai agen rawatan. Bidang ini diamalkan oleh semua budaya bangsa di dunia. |
mountant | bahan pelekap | Herba | Tiada | Reagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat). |
fruit | buah | Herba | Tiada | Organ tumbuhan yang terjadi daripada ovari bunga atau putik. Buah biasanya berbiji, berisi atau kering. Buah utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, buah pala, buah pinang, buah delima dan buah asam gelugor. |
flower | bunga | Herba | Tiada | Organ pembiakan dalam tumbuhan angiosperma yang terdiri daripada sepal, petal, stamen dan/atau pistil. Bunga atau jambak bunga utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, bunga rozel, bunga cengkih dan bunga pakma. |
leaf | daun | Herba | Tiada | Organ utama fotosintesis tumbuhan. Daun tumbuh daripada batang atau dahan dan terdiri daripada lamina dan tangkai daun. Daun utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, daun misai kucing, daun teh, daun senamaki dan daun dukung anak. |
seed | biji | Herba | Tiada | Organ pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih. |
jamu | jamu | Herba | Tiada | Sediaan herba yang mengandungi campuran pelbagai bahagian tumbuhan. Jamu boleh terdiri daripada bahan segar atau kering, dalam bentuk yang utuh, serbuk atau ekstrak. Sediaan herba ini berasal dari Indonesia. Contohnya, jamu selepas bersalin dan jamu langsing. |
freeze-drying | pengeringan sejuk beku | Herba | Tiada | Proses menyingkirkan lembapan dengan cara disejukbekukan. Biasanya cecair ekstrak herba atau bahan herba dalam bentuk yang utuh disejukbekukan dan kandungan air dikeringkan secara pemejalwapan pada tekanan dan suhu rendah untuk menghasilkan serbuk ekstrak herba atau bahan herba kering. Proses ini sesuai digunakan bagi pengeringan bahan herba yang termolabil. Contohnya serbuk ekstrak larut air kopi dan tongkat ali. |
herbal powder | serbuk herba | Herba | Tiada | Bahan herba dalam bentuk partikel halus. Serbuk ini diperoleh melalui proses pengisaran bahan herba dalam bentuk yang utuh dan telah dikeringkan. Serbuk herba digunakan dalam penghasilan kapsul dan tablet herba. Contohnya, serbuk tongkat ali dan kacip fatimah. |