vaccine hesitancy | keraguan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |
vaccine-hesitant group | kumpulan ragu vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Kumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |
vaccinator | jurusuntik vaksin/pemvaksin | Perubatan | Tiada | Penyuntik vaksin. |
vaccine reluctance | keengganan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia. |
vaccine | vaksin | Kejururawatan | Tiada | Bahan antigenik yang khusus digunakan untuk merangsang penghasilan antibodi. Vaksin dihasilkan daripada kultur bakteria atau virus di bawah keadaan yang mengakibatkan kehilangan kevirulenannya tetapi tidak sifat antigeniknya. |
anti-vaxxer | penolak vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau kumpulan yang menentang pengambilan vaksin atau peraturan yang mewajibkan vaksinasi. |
vaccine-reluctant group | kumpulan enggan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Kumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia. |
vaccine | vaksin | Perikanan | Akuakultur | Bahan sediaan yang digunakan untuk merangsang pengeluaran antibodi dan memberikan imuniti terhadap satu atau beberapa jenis penyakit. Vaksin disediakan daripada agen penyakit tersebut dan digunakan sebagai antigen tanpa mengaruhkan penyakit. |
vaccinated travel lane (VTL) | laluan perjalanan lengkap vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Laluan khas pengembara yang lengkap vaksin untuk masuk ke negara lain melalui perjalanan udara atau darat tanpa perlu menjalani kuarantin. |
walk-in vaccination | vaksinasi tanpa janji temu | Kesihatan Awam | Tiada | Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |