vaccination hesitancy | keraguan vaksinasi | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak perkhidmatan vaksinasi yang tersedia kerana berasa ragu terhadap vaksinasi tersebut. |
mobile vaccination unit | unit vaksinasi bergerak | Kesihatan Awam | Tiada | Inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan unit bergerak untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat atau populasi tertentu, termasuk orang-orang yang tidak dilindungi, kumpulan berisiko tinggi, pekerja perkhidmatan perlu dan masyarakat luar bandar yang mungkin mengalami kesulitan untuk sampai ke pusat pemberian vaksin (PPV). |
walk-in vaccination | vaksinasi tanpa janji temu | Kesihatan Awam | Tiada | Pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). |
vaccine reluctance | keengganan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia. |
vaccine-reluctant group | kumpulan enggan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Kumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia. |
anti-vaxxer | penolak vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau kumpulan yang menentang pengambilan vaksin atau peraturan yang mewajibkan vaksinasi. |
vaccine hesitancy | keraguan vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Perbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |
vaccine-hesitant group | kumpulan ragu vaksin | Kesihatan Awam | Tiada | Kumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin. |
antigen | antigen | Perikanan | Akuakultur | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi tertentu, sama ada secara semula jadi (melalui serangan penyakit) atau diaruhkan (melalui vaksinasi). Antigen boleh dibentuk melalui sebahagian atau keseluruhan sel patogen yang telah dimatikan atau dilemahkan menggunakan teknik seperti pemanasan, penghancuran atau pengawetan. |
immunity | imuniti | Perikanan | Akuakultur | Keadaan ikan yang mempunyai daya tahan atau perlindungan yang mencukupi untuk menggelakkan jangkitan penyakit atau menghalang kemasukan bahan asing yang boleh memudaratkan. Keadaan ini boleh terhasil daripada proses imunisasi/vaksinasi atau akibat jangkitan lampau atau diperoleh daripada induk ikan. Perlindungan yang diperoleh selepas jangkitan dikenali sebagai imuniti adaptif, manakala imuniti semula jadi merujuk kepada perlindungan yang diperoleh sejak dilahirkan. |