vacuum-pressure treatment | rawatan vakum-tekanan | Buluh | Tiada | Kaedah merawat buluh menggunakan vakum dan tekanan. Vakum berfungsi untuk mengeluarkan air atau udara yang terperangkap dalam struktur anatomi buluh, manakala tekanan menolak masuk larutan bahan pengawet ke dalam struktur anatomi buluh. |
vacuum advance | lajakan vakum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Mekanisme yang melajakkan atau merencatkan pemasaan pen- cucuhan melalui tindakan vakum yang dijana oleh pancarongga pengambilan enjin. Keadaan vakum ini dipengaruhi bukaan pendikit dan beban enjin. Apabila injap pendikit terbuka separuh, keadaan vakum dalam pancarongga pengambilan menarik diafragma dalam pengagih menyebabkan plat pemutus berputar beberapa darjah dan melajakkan masa pencucuhan. Lajakan vakum tidak berlaku dalam kes pendikit tertutup atau pendikit terbuka sepenuhnya. |
manifold vacuum | vakum pancarongga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan vakum dalam pancarongga pengambilan bagi sebuah enjin pembakaran dalam yang dijana hasil gerakan omboh ke arah takat terakhir bawah semasa lejang pengambilan. Gerakan ini membentuk tekanan negatif atau sedutan dalam silinder enjin serta pancarongga pengambilan yang menyebabkan udara atau campuran udara-bahan api disedut ke dalam silinder enjin. |
manifold vacuum | vakum pancarongga | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Vakum yang wujud di dalam pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan. |
venture vacuum | vakum venturi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Vakum yang terjadi dalam salur venturi karburetor, yang bertambah menurut laju aliran udara yang mengalir melaluinya. |
vacuum-drying | pengeringan vakum | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan bahan herba secara vakum pada tekanan dan suhu yang rendah. Bahan herba yang besar atau tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang sangat sensitif pada suhu yang tinggi dan tempoh pengeringan yang lama. Contohnya, pengeringan lidah buaya, ekstrak kopi, teh dan koko. |
vacuum gauge | tolok vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang digunakan untuk mengukur aras vakum pada pancarongga masukan. |
vacuum advance | awalan vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Percikan bunga api lebih awal disebabkan oleh vakum. |
vacuum switch | suis vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang boleh terbuka dan tertutup bergantung pada perubahan keadaan vakum, dan digunakan dalam litar pengawal motor pengengkol. |
vacuum advance control | kawalan mara vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sebarang jenis sistem pengawal pancaran NOx yang direka untuk membenarkan terjadinya mara vakum hanya pada masa mod enjin dan operasi kenderaan yang tertentu. |