atrioventricular valves | injap atrioventrikel | Perubatan | Tiada | Sepasang injap yang memisahkan atrium jantung daripada ventrikel jantung. Injap mitral bagi bukaan antara atrium kiri dengan ventrikel kiri. Injap trikuspid antara atrium kanan dengan ventrikel kanan. |
cardiac valves | injap kardium | Veterinar | Praklinikal | Empat injap utama dalam jantung yang berfungsi untuk mencegah alir balik darah. Injap kardium terdiri daripada injap mitral; injap trikuspid; injap aorta dan injap pulmonari. Injap mitral yang terletak di kiri jantung; mempunyai dua kelepak; sementara injap trikuspid yang terletak di kanan jantung mempunyai tiga kelepak. Kedua-dua injap ini dikenali sebagai injap atrioventrikel. Injap ini mengawal pengaliran darah dari atrium ke ventrikel. Injap aorta dan injap pulmonari pula mempunyai dua kelepak. Kedua-dua injap ini dikenali sebagai injap semilunar. Injap ini mengawal pengaliran darah keluar daripada ventrikel. |