van der Waals force microscopy | mikroskopi daya van der Waals | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah pengukuran daya yang bergantung pada daya van der Waals bertindak di antara atom bukan polar dan molekul. Dalam mod sentuhan kekuatan daya van der Waals menetapkan resolusi imej. Kaedah ini penting dalam semua proses berkaitan dengan jeleketan, rekatan, geseran atau pemeluwapan. |
Frank-van der Merwe (FM) growth | pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM) | Fizik | Nanoteknologi | Pertumbuhan lapisan epitaksi ultratipis secara satu demi satu bagi menghasilkan peranti elektronik atau optoelektronik bahan semikonduktor berkualiti tinggi dengan menggunakan epitaksi alur molekul (MBE). Lapisan yang dibentuk mempunyai antara muka yang jitu dan berkeupayaan mengawal ketebalan sehingga ke paras monolapisan. |
mobile restaurant | restoran bergerak | Pelancongan | Tiada | Kedai makan yang dikendalikan dengan menggunakan kenderaan seperti van. |
agglomerate | aglomerat | Nanoteknologi | Tiada | Gumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar. |
graphite | grafit | Fizik | Nanoteknologi | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
Stranski-Krastanov growth | pertumbuhan Stranski-Krastanov (SK) | Fizik | Nanoteknologi | Satu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM). |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan. |