Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[van.da.lis.me] | ۏنداليسمى

Definisi : perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian: ~ yg berleluasa beberapa bulan yg lalu haruslah dikikis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vandalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vandalismvandalismePendidikanTiadaTiada
vandalismvandalismeSosiologiTiadaTiada
talaf hissikerosakan fizikalPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang berlaku terhadap barangan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian. Contohnya, perbuatan vandalisme terhadap kemudahan awam seperti telefon.
social problemmasalah sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Unsur negatif atau elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika. Antara masalah sosial yang paling ketara ialah penagihan najis dadah, vandalisme, lari dari rumah, pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, judi dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini sebenarnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, kaum, adat dan sebagainya.

talafkerosakanPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang berlaku terhadap sesuatu harta. Talaf boleh terjadi sama ada melalui afah samawiyyah, iaitu kejadian alam atau melalui perbuatan makhluk. Contoh kerosakan akibat kejadian alam ialah tsunami, gempa bumi atau kerosakan makanan disebabkan kulat atau bakteria. Contoh kerosakan akibat perbuatan makhluk pula ialah vandalisme. Kerosakan melalui perbuatan makhluk terbahagi kepada dua, iaitu talaf hissi dan talaf shar‘i. Sinonim fasad Lihat juga talaf hissi, talaf shar‘i.
social issuesisu sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Isu-isu sosial sentiasa wujud dalam masyarakat kita dan di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Isu sosial boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja isu yang mempengaruhi kulaiti kehidupan seseorang individu atau komuniti keseluruhan. Di antara isu-isu sosial ialah masalah ketagihan dadah di kalangan kaum remaja dalam sesebuah komuniti, tahap keciciran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pertelingkahan rumahtangga dengan bertambahnya ibu tunggal, vandalisme dan lain-lain. Isu sosial ini akan memberikan kesan yang buruk kepada komuniti keseluruhannya. Jika diabaikan, ia akan mempengaruhi dan menjejaskan pembangunan yang berterusan.

rehabilitation programprogram pemulihanPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia.

public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.


Kembali ke atas