crystal translation vector | vektor translasi hablur | Fizik | Keadaan Pepejal | Vektor translasi asas a, b dan c yang memperihal susunan atom pada kedudukan r adalah sama apabila dilihat dari kedudukan r'. Vektor translasi hablur diungkapkan sebagai: r' = r + n1a + n2b + n3c dengan n1, n2 , n3 = integer sembarangan |
plane-polarized light | cahaya terkutub satah | Kimia | Kimia Analisis | Cahaya (gelombang elektromagnet) yang vektor elektrik berada dalam satu satah sahaja yang disebut satah getaran, yang mengandungi arah perambatan, manakala vektor magnetnya berada dalam satah yang bersudut tepat (satah pengutub) terhadap satah getaran. |
displacement | sesaran | Sains Sukan | Biomekanik | Perubahan kedudukan sesuatu titik jasad berdasarkan garis tegak yang mempunyai magnitud dan arah. Sesaran ialah kuantiti vektor dan dinyatakan dalam unit meter. Lihat juga magnitud, kuantiti vektor. |
body cone | kerucut jasad | Mekanik | Tiada | Kerucut yang dibentuk oleh paksi putaran ketika iaitu garis tindakan vektor halaju sudut (ω) bagi sesuatu jasad yang sedang berputar di sekitar suatu titik tetap nisbi terhadap jasad berkenaan. kerucut jasad bertangen dengan kerucut ruang di sepanjang garis tindakan vektor halaju jasad itu, dan gerakan jasad tersebut boleh diwakili oleh penggulingan kerucut jasad pada permukaan kerucut ruang yang tetap. Kerucut ini juga dinamai kerucut polhod. Lihat juga kerucut ruang. |
vector quantity | kuantiti vektor | Sains Sukan | Biomekanik | Kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah. |
nanovector | nanovektor | Fizik | Nanoteknologi | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
normed space | ruang norma | Matematik | Tiada | Ruang vektor V yang mempunyai norma di dalamnya. |
net force | daya bersih | Sains Sukan | Biomekanik | Jumlah vektor kesemua daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. |
digital illustration | ilustrasi digital | - | Tiada | Bahan grafik dalam bentuk imej vektor yang dihasilkan melalui perisian tertentu. |
DNA library | perpustakaan DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengumpulan fragmen DNA pelbagai saiz yang telah diklonkan ke dalam vektor pengklonan tertentu supaya penyelidik boleh mengenal pasti dan mengasingkan fragmen DNA yang diperlukan untuk kajian selanjutnya. Contoh perpustakaan DNA ialah perpustakaan DNA genom dan perpustakaan cDNA. |