haemorrhoid | hemoroid/buasir | Herba | Pemiawaian | Keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir. |
atrium | atrium | Kejururawatan | Tiada | Salah satu kebuk jantung di bahagian atas. Atrium kanan menerima darah daripada vena kava superior dan inferior, manakala atrium kiri menerima darah daripada vena pulmonari. |
parenteral nutrition | pemakanan parenteral | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah pembekalan nutrien melalui salur vena. |
thrombophlebitis | tromboflebitis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan trombosis yang disebabkan oleh inflamasi pada dinding vena. |
A - V crossing | persilangan A - V | Sains Kesihatan | Tiada | Persilangan antara arteri dan vena di retina. |
hemodynamic | hemodinamik | Kejururawatan | Tiada | Status pengaliran darah dan tekanan yang berkaitan seperti tekanan darah, tekanan vena sentral, dan tekanan arteri pulmonari untuk mengukur status isi padu cecair pada pesakit dan fungsi jantung. |
hemodynamic monitoring | pemantauan hemodinamik | Kejururawatan | Tiada | Pemantauan bacaan hemodinamik seperti tekanan darah, keluaran kardiak dan tekanan vena pusat dengan menggunakan alat tertentu. |
caput succedaneum | kaput suksidaneum | Kejururawatan | Tiada | Pembengkakan sementara di bawah kulit bahagian presentasi kepala bayi baru lahir disebabkan penekanan yang mengganggu penyaliran vena semasa proses pelahiran. |
Queckenstedts test | ujian Queckenstedt | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan sama ada terdapat sekatan pada salur vertebra. Ujian ini dilakukan dengan menekan sebelah atau kedua-dua belah vena jugular pada leher. Pada orang yang sihat, tindakan ini meningkatkan tekanan cecair serebrospina, dan tekanan ini segera hilang apabila tekanan itu dilepaskan atau dihentikan. Tetapi pada seseorang yang mengalami sekatan salur vertebra, tindakan ini tidak mengubah tekanan cecair serebrospina. |
pulmonary circulation | edaran pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Peredaran darah antara jantung dan paru-paru. Darah kurang oksigen mengalir melalui arteri pulmonari ke paru-paru dari ventrikel kanan. Darah yang kaya dengan oksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari. |