verbal bullying | buli lisan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku yang disengajakan untuk menyakiti mangsa melalui percakapan atau ejekan. Biasanya tindakan ini melibatkan dua pihak, niat seseorang pembuli dan berlaku secara berulang. Tindakan ini boleh menyebabkan kesan psikologikal dalam diri mangsa. Contohnya, mengecam bentuk fizikal badan (kecam badan) atau ejekan nama seseorang. |
verbal altercation | perbalahan lisan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan. |
formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula. |
auditory verbal method | kaedah auditori lisan | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah komunikasi tanpa melihat pergerakan bibir tetapi menggunakan kaedah dengar dan bertutur. |
non-verbal | bukan lisan | Sains Kesihatan | Tiada | Bentuk komunikasi yang terhasil daripada penggunaan selain bunyi pertuturan. |
performative | performatif | Kesusasteraan | Tiada | Sebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera. |
perlocutionary | perlokusionari | Kesusasteraan | Tiada | Aksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera. |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |