Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ver.si] | ۏرسي

Definisi : 1. buku dll yg diterjemahkan ke dlm bahasa lain, terjemahan: buku Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris; 2. corak atau bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dll): hikayat Inderaputera juga terdapat dlm satu ~ lain yg lebih pendek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ver.si] | ۏرسي

Definisi : 1 buku dll yg diterjemahkan ke dlm bahasa lain; terjemahan: Kitab ini terdapat juga dlm ~ Melayu. 2 corak cerita; bentuk cerita: Cerita itu terdapat dlm dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata versi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
codex unicous(L.)naskhah tunggalKesusasteraanTiadaSatu-satunya naskhah dari suatu tradisi dan tidak terdapat versi-versi yang lain.
opened traditiontradisi terbukaKesusasteraanTiadaPenurunan naskhah yang tidak terbatas pada satu garis keturunan sehingga terjadi percampuran yang mengakibatkan timbulnya versi-versi baru.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk cerita yang berbeza walaupun berasal daripada cerita induk yang sama. Versi (cerita) muncul akibat proses penyebaran atau penyalinan sesuatu karya. Contohnya, teks Sej?r?h Mel?yu mempunyai beberapa versi, antaranya versi pendek yang dikenali sebagai N?skh?h R?ffles 18, dan versi panjang yang dikenali sebagai N?skh?h Abdull?h.
urtexturteksKesusasteraanTiadaVersi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud �versi asal sesebuah teks�. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks.
recensionresensiKesusasteraanTiada1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi.
key versionversi kunciKesusasteraanTiadaVersi terpenting yang mendekati teks induk.
major versionversi utamaKesusasteraanTiadaVersi terpenting yang mendekati teks induk. Sinonim: key version.
spontaneous versionversi spontanPerubatanTiadaVersi yang berlaku secara semula jadi tanpa pemanipulasian fetus.
podalic versionversi podalikPerubatanTiadaSejenis versi internal yang dilakukan untuk mengubah presentasi biasa menjadi presentasi songsang.
12345678910...

Kembali ke atas