Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.to] | ۏيتو

Definisi : (véto) pernyataan menolak (membatal­kan) keputusan; hak (kuasa) ~ hak (kuasa) menolak keputusan (undang-undang); memveto menolak (membatalkan) keputusan; pemvetoan perihal (perbuatan atau tindakan) memveto: ~ keputusan itu akan dibuat tidak berapa lama lagi; pemveto pihak (negara, orang dsb) yg mem­veto: negara-negara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.to] | ۏيتو

Definisi : /véto/ pernyataan menolak atau membatalkan sesuatu keputusan: hak (kuasa) ~ hak atau kuasa menolak sesuatu keputusan. memveto menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. pemvetoan perihal atau perbuatan memveto: ~ terhadap keputusan itu akan dibuat tidak lama lagi. pemveto orang, pihak, negara dsb yg memveto: Negara besar itu merupakan ~ dlm menyelesaikan masalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata veto


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
major powerkuasa utamaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang diiktiraf sebagai memiliki ke kuatan ketenteraan, pengaruh politik dan kekayaan ekonomi yang besar di peringkat dunia dan suaranya sentiasa mendapat perhatian. Antara kuasa utama ialah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang terdiri daripada Great Britain, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Rusia. Dalam majlis ini, mereka memiliki kuasa veto terhadap keputusan yang telah dibuat. Dasar luar negara ini boleh mempengaruhi perkembangan politik dunia seperti campur tangan Amerika Syarikat ke atas Iraq atau tindakan Soviet Union menyerang Afghanistan pada dekad 1980-an. Kuasa utama juga merujuk kepada negara lain yang besar pengaruhnya terutama dalam mempengaruhi ekonomi dunia seperti Jerman dan Jepun.
proxy voteundi proksiSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang dibuat sebagai mewakili satu pihak yang enggan memperlihatkan keterlibatannya dalam sesuatu pengundian. Undi ini dilakukan oleh individu atau badan lain dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Tujuannya adalah untuk mengaburi mata orang ramai bagi menunjukkan seolah-olah pihak sebenar tidak terlibat dengan proses pengundian tersebut. Contohnya, tindakan veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang sebarang tindakan ke atas Israel.

Kembali ke atas