interactive video | video interaktif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Video digital yang bertindak balas kepada input pengguna melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan tetikus, kemasukan teks dan sebagainya. Contoh video interaktif ialah permainan video. Lihat juga media interaktif. |
video teleconferencing (VTC) | telesidang video | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persidangan berasaskan video. Telesidang video boleh berplatform web, mudah alih, komputer meja, televisyen atau kemudahan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Contoh telesidang video menggunakan telekomunikasi ialah Very Small Aperture Terminal (VSAT). Lihat juga telesidang, sidang web. |
video annotation | anotasi video | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu metadatum seperti hantaran, penjelasan dan penandaan yang dipasangkan pada video untuk memberikan penerangan teks kepada video. |
vodcast | video siar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Video dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast. |
video on demand (VoD) | video atas permintaan (VoD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Video yang dimuat turun atau distrim oleh pengguna berdaftar apabila diperlukan daripada hos pembekal perkhidmatan atau platform e-pembelajaran. |
digital video recorder (DVR) | perakam video digital (DVR) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti elektronik yang digunakan untuk merakam video dan audio dalam format digital ke peranti penyimpanan massa seperti pemacu kilat USB, pemacu cakera keras, kad ingatan SD atau sebarang rangkaian peranti storan lain. |
video learning | pembelajaran bervideo | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penyampaian kandungan pembelajaran melalui video yang dimuat turun atau penstriman dalam persekitaran e-pembelajaran. Biasanya, video ini direka bentuk pendek, menarik dan dapat mengekalkan perhatian pelajar. |
Youtuber | penggiat YouTube | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang memuat naik, menghasilkan, atau muncul dalam video di laman web perkongsian video YouTube. |
digital storytelling | penceritaan digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah penyampaian kandungan sesuatu tajuk yang menggabungkan video, foto dan grafik digital dengan kaedah penceritaan. Video pendek berdurasi dua ke tiga minit yang mengandungi unsur visual, audio, bunyi, animasi dan suara latar berdasarkan skrip bagi mencipta cerita digital yang menarik. Kaedah penceritaan digital ini boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran. |
reels | kekili | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Ciri baharu dalam Instagram yang membolehkan pengguna membuat klip video bermuzik dengan pelbagai penyuntingan audio dan video serta kesan visual selama 15 saat dan boleh dikongsi di profil pengguna. |