encrypted virus | virus tersulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus komputer yang kodnya disulitkan oleh pencipta virus. Virus jenis ini akan merumitkan pengesanan oleh perisian antivirus dan sistem pengesan pencerobohan kerana pola yang sering berubah serta sukar diramal. |
self-garbling virus | virus swaherot | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. |
self-encrypting virus | virus swasulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru. |
overwritting virus | virus penulisgantian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menggantikan fail hos yang dijangkiti secara sepenuhnya dan menyimpan nama dan maklumat fail asal supaya virus boleh merebak. Virus ini akan dilancarkan apabila pengguna lain cuba mencapai fail asal dengan membekalkan arahan yang mengandungi nama fail tersebut. |
operating system virus | virus sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�. |
stealth virus | virus selinap | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menghapuskan semua rekod aktivitinya daripada log audit komputer. Virus ini biasanya akan tersembunyi daripada perisian antivirus tanpa mengubah saiz asal fail yang dijangkiti. Selain mengubah kandungan fail, virus ini boleh juga mengubah penunjuk atur cara fail yang dijangkiti untuk menunjukkan lokasi fail virus sebenar. |
sector virus | virus sektor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. |
resident virus | virus huni | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni. |
zoo virus | virus zoo | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya wujud dalam makmal penyelidikan atur cara virus yang digunakan sebagai bahan pengujian dalam proses pembangunan perisian antivirus. Virus ini dianggap tidak berbahaya selagi tidak disebarkan keluar dari makmal penyelidikan tersebut. |
memory-resident virus | virus ingatan-huni | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang dimasukkan ke dalam ruang ingatan utama tanpa bergantung kepada kod asal pada cakera keras. Virus ini terus wujud dalam ingatan walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dilenyapkan daripada ingatan apabila sistem komputer dimatikan atau arahan diberikan oleh sistem pengendalian untuk mengosongkan ruang alamat dalam ingatan yang mengandungi virus tersebut. |