visa agency | agensi visa | Pelancongan | Tiada | Organisasi yang mewakili individu atau kumpulan untuk mendapatkan kebenaran memasuki sesebuah negara. |
visa waiver | pengecualian visa | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat negara lain untuk memasuki negaranya tanpa permit. |
job scam | penipuan pekerjaan | Undang-undang | Tiada | Perbuatan menipu oleh individu yang menyamar sebagai majikan atau perekrut, yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik, yang memerlukan pencari kerja membayar sedikit wang terlebih dahulu untuk visa kerja, perbelanjaan perjalanan atau semakan kredit yang diperlukan untuk pekerjaan itu. |
Secure Electronic Transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol piawai yang direka bentuk untuk memastikan urusan e-dagang melalui Internet lebih selamat. Urus niaga elektronik selamat (SET) merupakan hasil usaha sama GTE, IBM MasterCard, Microsoft Netscape, SAIC, Terisa SYStems, BeriSiGN dan Visa. |
secure electronic transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain. |