anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
literal vision | visi literal | Kesusasteraan | Tiada | Paras makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata. |
character�s spine | tunjang watak | Kesusasteraan | Tiada | Visi dan misi watak yang mendasari tema drama. Salah satu kaedah pengarah dan pelakon menginterpretasi peranan watak. |
visioning workshop | bengkel wawasan | Pentadbiran | Tiada | Bengkel yang diadakan dalam fasa perancangan konsep untuk membina visi bersama dengan pihak berkepentingan bagi menggambarkan hala tuju organisasi sebelum perancangan kaedah pelaksanaan. |
manifesto | manifesto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi atau parti politik bagi menyatakan visi, hasrat, motif atau pandangan organisasi tersebut. Lazirnnya manifesto dikeluarkan oleh sebuah parti politik ketika menghadapi pilihan raya yang bertujuan untuk meyakinkan orang ramai akan matlamat perjuangannya. Manifesto mencirikan semua matlamat dan program parti secara terperinci dan membayangkan bentuk kerajaan yang akan ditubuhkan sekiranya mereka berkuasa. Contohnya, manifesto Barisan Nasional yang menonjolkan kejayaan pemerintahannya di samping kepentingan pengekalan kestabilan dan menolak cubaan perubahan. |
expressive criticism | kritikan ekspresif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang memfokuskan individualiti serta emosi pengarang dan bukan kepada karyanya sebagai objek seni atau kesan karya terhadap pembaca. Istilah ini dicipta oleh M.H. Abrams untuk mencirikan pendekatan pengkritik zaman romantik seperti coleridge dan Wordsworth. Kritikan ini bertujuan menilai sejauh mana karya tersebut akur serta memenuhi visi dan psikologi pengarang. Lihat juga kritikan biografi. |
center of consciousness | pusat kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Ciri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian. |
action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |