Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vo.lu.mé.tri] | ۏولوميتري

Definisi : (volumétri) (Kim) kaedah penyukatan mengikut isi padu; analisis ~ (Kim) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vo.lu.mé.tri] | ۏولوميتري

Definisi : /volumétri/ ist kaedah penyukatan mengikut isi padu (pepejal, cecair atau gas). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata volumetri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
volumetric analysisanalisis volumetriKimiaTiadaAnalisis kuantitatif gas atau larutan berdasarkan ukuran isi padu. Analisis volumetri bagi gas bergantung pada perubahan isi padu dengan menggunakan sejenis alat yang disebut eudiometer; isi padu sesuatu juzuk campuran gas dapat dianalisis dengan menyerap juzuk tersebut secara berpilih dan seterusnya mengukur perbezaan isi padu yang berkurangan berbanding dengan isi padu asal campuran gas tersebut. Analisis volumetri bagi larutan dilakukan dengan menentukan isi padu larutan yang tidak diketahui yang bertindak balas dengan larutan piawai yang isi padunya diketahui.
volumetric analysisanalisis volumetriFarmasiTiadaPenentuan jumlah bahan yang wujud dengan menggunakan isi padu larutan piawai yang hanya akan bertindak balas dengan bahan yang hendak ditentukan. Kaedah ini memerlukan penggunaan radas seperti pipet, buret dan kelalang volumetri. Analisis kuntitatif.
volumetric water contentkandungan air volumetriPertanianTiadaJumlah isi padu per unit isi padu pukal tanah.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.

Kembali ke atas