Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wadi;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arroyo wadiarroyo wadiGeografiTiadaWadi yang kering berkala.
Islamic BankBank IslamEkonomiEkonomi IslamInstitusi yang menerima dana dan memberi pembiayaan kepada pelanggan berasaskan prinsip syariah seperti wadi‘ah, mudarabah, musyarakah, ijarah dan bai‘ bithaman ajil. Akaun semasa wadi‘ah, akaun simpanan wadi‘ah dan akaun pelaburan mudarabah merupakan dana yang diterima oleh bank, manakala pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti merupakan dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan. Keuntungan yang diterima oleh bank daripada pembiayaan akan dikongsi bersama dengan penyimpan akaun pelaburan mudarabah mengikut peratusan yang dipersetujui.
wadi’ahwadiah/simpanan amanahPerniagaan IslamTiadaHarta yang dititipkan oleh satu pihak kepada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta. Sekiranya harta tersebut hilang atau rosak tanpa kesilapan dan kecuaian, maka penjaga tidak bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi. Contohnya, barangan yang disimpan di kaunter simpanan barang di pasar raya tanpa dikenakan caj.
wadi’ah yad damanahsimpanan amanah dengan jaminanPerniagaan IslamTiadaHarta yang dititipkan melalui akad wadiah dan harta tersebut telah dimanfaatkan oleh penjaga. Penjaga perlu memberi jaminan atas harta itu sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Contohnya, wang deposit akaun simpanan di perbankan Islam adalah berdasarkan akad simpanan dengan jaminan kerana pihak bank memanfaatkan wang tersebut untuk menjana hasil.
wadiah current accountakaun semasa wadi‘ahEkonomiEkonomi IslamAkaun semasa yang berasaskan prinsip wadi‘ah yad damanah atau simpanan yang terjamin. Pihak bank meminta keizinan daripada penyimpan untuk menggunakan wang yang disimpan selagi wang tersebut berada dalam simpanan bank. Segala manfaat dan keuntungan daripada penggunaan simpanan ini menjadi hak mutlak bank. Walau bagaimanapun, bank boleh mengenakan sejumlah caj perkhidmatan untuk menampung kos yang terlibat dalam pengurusan simpanan. Namun begitu, bank juga biasanya memberi hibah atau ganjaran kepada penyimpan. Para penyimpan pula berhak mengeluarkan sebahagian atau semua simpanan mereka pada bila-bila masa dan bank memberi jaminan untuk mengembalikan wang tersebut. Akaun ini menpunyai ciri yang hampir sama dengan akaun semasa di bank konvensional.
wadiah saving accountakaun simpanan wadi‘ahEkonomiEkonomi IslamAkaun simpanan yang mempunyai kontrak dan kaedah yang sama dengan akaun semasa wadi‘ah tetapi bank mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memberikan sebahagian keuntungan kepada penyimpan dari semasa ke semasa.
savings with guaranteewadi‘ah yad damanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu, akaun semasa wadi‘ah dan akaun simpanan wadi‘ah.
weddwadiGeografiTiadaTiada
oueddwadiGeografiTiadaTiada
savings with custodywadi‘ah yad amanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan tidak dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu.
12

Kembali ke atas