Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ha.na] | واهان

Definisi : saluran atau perantaraan (yg me­mungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan; berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ha.na] | واهان

Definisi : 1 alat (spt kenderaan, kenaikan) utk membawa orang atau barang: Di taman hiburan itu, terdapat berbagai-bagai ~ spt kuda pusing dan kereta langgar yg disukai oleh kanak-kanak. 2 alat utk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dsb: Lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda. Perkara yg sering dipersoalkan ialah mampukah bahasa Malaysia menjadi ~ ilmu pengetahuan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wahana (kata nama)
Bersinonim dengan alat, saluran, perantaraan, medan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vehiclewahanaKesusasteraanPuisiAlat yang digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan atau objektif. Dalam konteks ini, bahasa merupakan wahana yang penting kepada seseorang penyair untuk menyampaikan sesuatu pemikiran atau isu dalam puisinya.
mimicrytiru bunyiKesusasteraanPuisiGaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia.

Kembali ke atas