Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jah] | واجه

Definisi : 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jah] | واجه

Definisi : air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Serupa bulan penuh.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poster boywajah posterUmumTiadaGambar atau wajah individu tertentu dalam sesuatu poster untuk tujuan berkempen sesuatu.
acrolithakrolitKesenianHiasan DalamanBentuk arca atau ukiran, misalnya wajah seorang tokoh yang mempunyai kepala, tangan dan kaki, yang diperbuat daripada batu dan bahan lain. Umpamanya, bahagian kepala yang diperbuat daripada batu disambungkan dengan bahagian lain yang diperbuat daripada batu marmar atau batu kapur yang mempunyai mutu batuan yang berbeza.
prosopagnosiaprosopagnosiaPerubatanPsikiatriGangguan mental kognitif yang dihidapi oleh seseorang untuk mengecam wajah individu yang lain, termasuk wajahnya sendiri.
physiognomyfisiognomiKriminologiKeadilan JenayahKaedah pentafsiran semu-sains tentang keperibadian seseorang berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan fizikal luaran seperti ekspresi dan ciri rupa wajah seseorang yang boleh menentukan kecenderungan jenis jenayah yang dilakukan.
Dubowitz syndromesindrom DubowitzPerubatanPsikiatriSindrom kongenital yang jarang berlaku dan dicirikan dengan pertumbuhan yang lambat, kerap mendapat jangkitan, mikrosefali, kecacatan intelektual dan mempunyai wajah yang luar biasa dan spesifik.
artificial narrow intelligence (ANI)kecerdasan terhad buatan (ANI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya.
expressive behaviourtingkah laku ekspresifPsikologiTiadaSebarang tindakan atau interaksi sama ada secara sedar atau tidak yang menzahirkan emosi, keinginan atau keperibadian individu. Tingkah laku ekspresif ini berlaku terutamanya melalui ekspresi wajah, gaya pakaian, tulisan tangan, dan sebagainya.
expressive behaviourtingkah laku ekspresifPsikologiTiadaSebarang tindakan atau interaksi sama ada secara sedar atau tidak yang menzahirkan emosi, keinginan atau keperibadian individu. Tingkah laku luahan ini berlaku terutamanya melalui ekspresi wajah, gaya pakaian, tulisan tangan, dan sebagainya.
paronomasiaparonomasiaKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam proses penciptaan sesebuah puisi. Penyair menggunakan perkataan atau diksi yang didasarkan kepada persamaan atau kemiripan bunyinya. Contohnya, 'romannya berubah menjadi pucat setelah membaca roman itu', iaitu roman yang pertama memberi makna wajah, manakala roman kedua membawa maksud cerita panjang berbentuk novel atau prosa.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila.
12

Kembali ke atas