Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jib] | واجب

Definisi : Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharus­nya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilaku­kan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggung­jawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jib] | واجب

Definisi : 1 mesti diamalkan (menurut agama Islam); tidak boleh tidak: Umat Islam ~ melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 2 sudah sepatutnya; mesti; perlu: Sbg ibu bapa, kita ~ mengasuh anak kita. ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan haji dan jika tertinggal dikehendaki membayar dam atau denda. berwajib bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. mewajibkan 1 menjadikan wajib; memestikan: Islam ~ penganutnya menunaikan rukun Islam yg lima. 2 memestikan sesuatu kpd: Kerajaan ~ kita memiliki kad pengenalan. kewajipan 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. berkewajipan mempunyai kewajipan; bertanggungjawab: Ibu bapa ~ mendidik anak-anak. sewajibnya sepatutnya; semestinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Puisi
 

Encik Esah pergi Merlong,
     Sampai Merlong masak petola;
Orang susah wajib ditolong,
     Baru kita dapat pahala.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sawah luas tahan tua,
     rumah gedang tahan tonggak.

Bermaksud :

Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
compulsory insuranceinsurans wajibinsuransTiadaJenis-jenis insurans yang diwajibkan di bawah undang-undang seperti Akta Pengangkutan Jalan Raya dan Akta Pampasan Pekerja.
obligtory reinsurancereinsurans wajibinsuransTiadalih. reinsurans automatik.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaBahagian yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan drama atau teater terutamanya teater tradisional.
taxcukaiEkonomiTiadaBayaran wajib dalam bentuk wang dan bukan wang seperti barang dan perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu dan syarikat. Cukai berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan dan memperuntukkan semula sumber. Hasil cukai adalah sumber utama untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
social insuranceinsurans sosialinsuransTiadaInsurans wajib yang dijadikan undang-undang untuk menyediakan jaminan ekonomi bagi kumpulan orang ramai, terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Ianya mengambil perhatian utama tentang kos dan kehilangan pendapatan berikutan daripada penyakit, kecederaan daripada kemalangan, umur tua, pengangguran dan kematian ketua keluarga.
mandatory powerkuasa mandatoriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori.
compulsory purchasepembelian paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembelian tanah secara wajib oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk maksud merancang menurut kuasa undang-undang perancangan bandar dan pengambilan balik tanah.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
voluntary excesslebihan sukarelainsuransTiadaSebahagian daripada amaun kerugian yang tidak termasuk lebihan wajib yang ditanggung oleh insured. Biasanya amaun kerugian ini terdapat di dalam insurans motor, yang boleh mengurangkan premium yang perlu dibayar oleh insured jika ia bersetuju untuk menanggung secara sukarela.
12

Kembali ke atas