Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Lang pungguk lang berikan,
     tidur siang berjaga malam.

Bermaksud :

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local timewaktu tempatanPelanconganTiadaWaktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dengan waktu di tempat lain.
clock outrakam waktu keluarUmumTiadaTiada
clock inrakam waktu masukUmumTiadaTiada
clock inrakam waktu masukUmumTiadaPerbuatan merekodkan masa tiba di tempat kerja dengan menggunakan mesin khas.
clock outrakam waktu keluarUmumTiadaPerbuatan merekodkan masa keluar dari tempat kerja dengan menggunakan mesin khas.
happy hourmasa riang ria/waktu riaPerniagaanTiadaTempoh selama satu jam atau lebih yang diperuntukkan untuk pemberian percuma, tiket atau faedah lain kepada pelanggan atau pengunjung.
time-limited psychotherapypsikoterapi berbatas waktuPerubatanPsikiatriModel psikoterapi yang terhad kepada 12 sesi dan tertumpu kepada isu tertentu.
deadlinetarikh akhir-Tiadawaktu atau tarikh akhir kerja penerbitan yang perlu dilaksanakan.
peak seasonmusim puncakPelanconganTiadaWaktu apabila bilangan pelancong lebih ramai dan kadar bayaran tambang atau bilik lebih tinggi.
nocturnenocturneKesenianSeni LukisLukisan pemandangan waktu malam.
12345678910

Kembali ke atas