Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau.pun] | والاوڤون

Definisi : biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walaupun

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk cerita yang berbeza walaupun berasal daripada cerita induk yang sama. Versi (cerita) muncul akibat proses penyebaran atau penyalinan sesuatu karya. Contohnya, teks Sej?r?h Mel?yu mempunyai beberapa versi, antaranya versi pendek yang dikenali sebagai N?skh?h R?ffles 18, dan versi panjang yang dikenali sebagai N?skh?h Abdull?h.
two-party systemsistem dua partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal.
absolute liabilityliabiliti mutlakinsuransTiadaLiabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan.
polycentrismpolisentrismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang telah berpecah kepada beberapa aliran selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis Soviet Union pada tahun l956. Walaupun semua ideologi ini disebut sebagai komunis namun terdapat pelbagai variasi kesan daripada penyesuaian atau semakan semula oleh golongan revisionis. Fahaman ini dipopularkan oleh P. Togliatti seorang pemimpin komunis Itali. Contohnya, perpecahan versi komunis Yugoslavia dan China daripada Soviet Union walaupun berpegang kepada ideologi komunis.
antinomyantinomiKesusasteraanTiadaPercanggahan akibat wujudnya dua prinsip yang bertentangan. Walaupun bertentangan, kebenaran masih tidak tergugat kerana sebarang percanggahan yang terbabit mampu diselesaikan.
proportgional taxcukai berkadarEkonomiTiadaCukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut.
guaranteed tourlawatan terjaminPelanconganTiadaLawatan yang tetap akan diadakan walaupun jumlah peserta tidak mencukupi.
vaccine reluctancekeengganan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
resident virusvirus huniTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni.
12345678910...

Kembali ke atas