vapour return line | talian balikan wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Talian tiub yang mengalirkan gas atau wap yang bermula dari pam bahan api hingga ke tangki bahan api. Talian ini mem- benarkan wap bahan api yang terbentuk dalam pam untuk dikembalikan ke tangki bahan api. Proses pengembalian wap bahan api ini boleh mengelakkan berlakunya keadaan kunci wap. Sinonim talian wap. |
steam distillation | penyulingan stim | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree. |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar. |
vapour lock | sekat wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap. |
vapour lines | talian wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat talian balikan wap. |
vapour lines | talian wap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Saluran yang membawa wap bahan pendingin dalam sistem penyaman udara. |
mercury vapour lamp | lampu wap raksa | Kimia | Kimia Analisis | Lampu yang diisikan dengan wap raksa pada tekanan tinggi dan apabila dinyahcas menghasilkan spektrum garis yang cukup kuat pada 365,405, 436, 546, 577, 691 dan 773 nm. Apabila ia bertekanan rendah spektrum garis yang kuat pada 254 dan 313 nm dipancarkan. Ia digunakan sebagai sumber sinaran oleh kebanyakan fluorometer mudah. |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem kawalan pancaran pengewapan, yang akan memulihkan wap gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung karburetor. |
steam | wap | Herba | Fitoterapi | Kaedah pengubatan untuk menambahkan kehangatan dan kelembapan yang dapat membantu melonggarkan lendir di dalam saluran udara dan paru-paru. Wap dapat melegakan dan memudahkan pernafasan dengan segera. |
sublimation | pemejalwapan | Herba | Tiada | Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku. |