naturalization | pewarganegaraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Langkah menerima orang asing atau pendatang sebagai warganegara. Proses ini berlaku apabila pendatang memohon menjadi warganegara. Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang memohon menjadi warganegara ialah seperti telah bermastautin untuk beberapa tahun, boleh berucap bahasa tempatan dan sanggup memberi kesetiaan kepada negara yang dipohon. Cara pewarganegaraan ini berbeza dengan cara jus soli atau menjadi warganegara secara automatik kerana lahir di negara tersebut. Contohnya Amold Schwarzenegger yang berasal dari Austria telah menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui cara pewarganegaraan. Lihat juga kerakyatan. |
suffrage | hak mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat yang diberikan kepada individu setelah memenuhi syarat mengundi seperti warganegara, berdaftar, cukup umur dan bermastautin di sesebuah tempat. Hak ini terdapat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Hak untuk mengundi tidak boleh dipindah milik atau diwakili oleh orang lain. Dalam sistem komunis, hak mengundi diberi kepada ahli parti komunis sahaja. Contohnya, hak mengundi di Malaysia diberikan kepada semua warganegara berumur 21 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. |
voting right | hak mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak untuk memilih pemimpin atau wakil rakyat yang diberikan kepada individu setelah memenuhi syarat mengundi seperti warganegara, berdaftar, cukup umur dan bermastautin di sesebuah tempat. Hak ini terdapat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Hak untuk mengundi tidak boleh dipindah milik atau diwakili oleh orang lain. Dalam sistem komunis, hak mengundi diberi kepada ahli parti komunis sahaja. Contohnya, hak mengundi di Malaysia diberikan kepada semua warganegara berumur 21 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. |
national literature | sastera kebangsaan | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang dihasilkan oleh warganegara dan memaparkan identiti nasional. |
direct election | pemilihan langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |
Diet | Diet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat. Dalam badan perundangan ini, perdana menteri berkuasa membubarkan dewan-dewan ini pada bila-bila masa sahaja. |