dispatch | jimat hari; warkah rasmi | Sejarah | Tiada | 2. Warkah rasmi: Sesuatu yang dikirim terutamanya laporan kerajaan atau tentera atau apa saja dokumen untuk urusan rasmi negara. |
epistle | warkah | Kesusasteraan | Tiada | Sebarang bentuk surat, yang ditulis secara formal oleh seorang individu atau satu kumpulan lain yang tinggal berjauhan. |
epistle | warkah | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
epistolary novel | novel warkah | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengemukakan persoalannya dalam bentuk surat yang ditulis oleh satu watak atau beberapa watak dalam novel tersebut. |
iluminated manuscript | manuskrip berhias | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas. |
epic drama | drama epik | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengandungi siri atau episod yang dibuat secara mudah, bertujuan untuk mengingatkan para penonton agar tidak leka dengan mainan perasaan masing-masing. Drama epik biasanya berkisar tentang cerita kepahlawanan atau perjuangan. Contohnya, drama epik berjudul Warkah Terakhir oleh Wan Asliza. Dalam epik merupakan suatu kaedah penulisan drama yang diperkenalkan di Jerman oleh Erwin Piscator dan Bertolt Brecht sekitar tahun 1920-an. Lihat juga kesan keterasingan, teater epik. |
commonplace book | buku catatan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Buku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid. |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.� |