Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na] | ورنا

Definisi : 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.na] | ورنا

Definisi : corak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid-base indicatorpenunjuk asid-besKimiaKimia AnalisisAsid atau bes lemah yang boleh memberikan warna yang sangat terang. Kebanyakannya merupakan penunjuk dua warna yang mempunyai warna yang berbeza dalam keadaan asid atau keadaan bes. Terdapat juga beberapa penunjuk satu warna yang tanpa warna dalam bentuk asid manakala menjadi warna magenta dalam keadaan bes.
local colourwarna tempatan; warna lokalKesusasteraanPuisiSegala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman
deutranopiadeutranopiaSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Penghidap tidak dapat membezakan antara warna hijau dengan warna merah.
colour proofpruf warna-TiadaCetak uji warna untuk memastikan ketepatan warna dalam cetakan sebenar.
deutranomalydeutranomaliSains KesihatanTiadaRabun warna yang melibatkan kecacatan persepsi warna hijau dan merah. Warna hijau kelihatan kurang hijau.
primer colourwarna primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaWarna latar kereta sebelum disembur dengan warna yang dikehendaki.
colour testujian warnaKimiaKimia AnalisisAnalisis kuantitatif sesuatu bahan dengan membandingkan keamatan warna yang dihasilkan oleh reagen di dalam sampel dengan warna piawai larutan yang sama.
colorimeterkolorimeterKimiaKimia AnalisisAlat untuk mengukur kepekatan suatu spesies dalam larutan secara membandingkan warna larutan itu dengan warna larutan piawai spesies.
anthocyaninantosianinHerbaPemiawaianSebatian organik polifenol dalam subkumpulan flavanoid. Antosianin biasanya terdapat dalam tisu tumbuhan seperti bunga, buah atau daun. Antosianin memberikan pigmen berwarna merah, merah-kebiruan dan biru serta larut dalam air. Kehadiran asid atau alkali akan mempengaruhi warna antosianin. Warna yang berbeza disebabkan oleh kedudukan dan bilangan kumpulan hidroksi yang berbeza. Contohnya, pelargonidin memberikan warna merah, sianidin berwarna merah lembayung dan delfinidin yang berwarna biru kemerahan. Contoh buah yang mempunyai kandungan antosianin yang tinggi ialah delima (Punica granatum).
colour sketchlakaran warnaKesenianTiadaLakaran yang menggunakan warna.
12345678910...

Kembali ke atas