STP (shielded twisted pair) | STP (pasangan terpiuh bertebat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pasangan wayar yang setiap satunya bertebat dan dipintal untuk meminimumkan gangguan elektromagnetik pasangan wayar terpiuh daripada pasangan wayar lain. Pasangan wayar ini dibalut dengan satu penebat. Banding UTP (unshielded twisted pair) |
UTP (unshielded twisted pair) | UTP (pasangan terpiuh tak bertebat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pasangan wayar yang setiap satunya bertebat, yang dipintal untuk meminimumkan gangguan elektromagnetik. Pasangan wayar terpiuh ini daripada pasangan wayar lain. Pasangan wayar ini tidak ditebat. Banding STP (shielded twisted pair) |
span wire | wayar rentang | Sosiologi | Tiada | Wayar yang tergantung di antara dua tempat. |
hot wire survey | survei wayar panas | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis ujian yang dilakukan terhadap telaga yang sedang digerudi yang mengalami kehilangan edaran. Tujuan survei ini adalah untuk mengetahui letak kedalaman tempat berlakunya kehilangan edaran tersebut. Survei dijalankan dengan cara menurunkan sejenis wayar yang telah ditentukan keberintangan, dan keberintangan wayar ini peka terhadap suhu. Kemudian lumpur dipamkan ke dalam telaga. Jika alat ini berada di atas dari zon kehilangan edaran, alatan akan mengalami perubahan keberintangan. Jika keberintangan tidak berubah bererti alat berada di bawah titik kehilangan edaran. |
hard drawn | helaan keras | Kejuruteraan | Tiada | Bajaan tiub dan wayar yang dihasilkan dengan menarik tiub atau wayar tersebut secara berlebihan. |
kink | pintal/punding | Kejuruteraan | Tiada | 1. Gelung terketat pada tali wayar yang menyebabkan perubahbentukan kekal dan kerosakan pada wayar.,2. Lengkok atau sudut tajam yang dihasilkan pada logam, biasanya dawai, disebabkan pukulan atau terikan. |
braided loop connector | penghubung gelung beranyam | Perikanan | Tiada | Tali penghubung yang dibentuk daripada wayar logam, yang hujungnya dianyam pada badan wayar untuk membentuk satu gelung. Tali penghubung ini digunakan untuk menyambung tali utama dengan tali perambut kail. |
Dzus fastener | kancing Dzus | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Kancing yang mempunyai stad berlubang alur, ditujah ke wayar keluli spring dan kemudian diputarkan untuk mengunci wayar dalam alur sesondol. |
current loop | gelung arus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Cara mengkomunikasi data melalui wujud atau tidaknya arus pada kabel dua wayar.,2. Antara muka hantar/terima wayar tempat kehadiran aras arus 20 m-A menunjukkan adanya data dan ketiadaan aras arus itu menunjukkan tiadanya data. |
wire closet attack | serangan bilik wayar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tindakan memecah masuk ke dalam kotak atau bilik pendawaian rangkaian dan mengubah struktur fizikal rangkaian. Serangan ini dilakukan untuk memberi, menghalang, atau mengubah capaian ke atas rangkaian. Contoh serangan ini adalah penyadapan wayar dan kemusnahan struktur sambungan. |