Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.ja.ya] | ويجاي

Definisi : (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.ja.ya] | ويجاي

Definisi : kemenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wijaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dumb showlakonan bisuKesusasteraanTiadaLakonan tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegorikal. Contohnya drama berjudul Aduh dan Edan oleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim. Lihat juga novel gotik.
associationasosiasiKesusasteraanTiadaPergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi.

Kembali ke atas