Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zé.non] | زينون

Definisi : (xénon) (Kim) sj unsur bukan logam yg berbentuk gas, sangat stabil, dan digunakan dlm tiub pendar cahaya dan laser. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zé.non] | زينون

Definisi : /zénon/ nama sj gas nadir dan juga unsur kimia yg terdapat dlm udara dan digunakan dlm beberapa jenis mentol lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xenon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xenon transientfana xenonSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeningkatan atau penurunan mendadak kepekatan xenon (penyerap neutron) di dalam teras reaktor nuklear untuk sementara waktu akibat perubahan kuasa reaktor nuklear.
reactivity worthnilai kereaktifanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPerbezaan kereaktifan reaktor nuklear akibat kemasukan atau penyingkiran elemen seperti boron, xenon, samarium dan lain-lain atau komponen seperti rod kawalan di dalam teras reaktor.
rare-gas nanoclusternanogugusan gas nadirFizikNanoteknologiKelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron.

Kembali ke atas