Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.lem] | زيلم

Definisi : (Bio) tisu tumbuhan yg membawa air dan garam mineral dr akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dlm tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.lem] | زيلم

Definisi : /zilem/ ist tisu yg menyalurkan makanan dlm tumbuh-tumbuhan dan juga yg memberi kekuatan kpd pohon utk tegak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xilem


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metaxylemmetaxilemBiologiHistologi dan SitologiBahagian xilem primer yang terbentuk selepas protoxilem dan sebelum xilem sekunder. Xilem ini, jika wujud, dapat dibezakan kerana bahagian ini mempunyai sel salur dan trakeid yang lebar.
metaxylemmetaxilemBotaniTiadaXilem primer yang terbentuk selepas protoxilem. Bagi tumbuhan yang melalui pertumbuhan sekunder, metaxilem terbentuk sebelum xilem sekunder tumbuh. Metaxilem lebih kompleks daripada protoxilem dan mengandungi sel parenkima, gentian dan unsur trakeid, iaitu yang berdiameter lebih luas daripada yang terdapat pada protoxilem. Lihat juga protoxilem, xilem primer, xilem sekunder.
secondary xylemxilem sekunderPerhutananTiadaXilem yang terbentuk daripada tisu kambium. Pembentukan xilem sekunder menambahkan isi padu kayu keseluruhannya.
primary sylemxilem primerBotaniTiadaXilem yang terbentuk daripada prokambium dalam zon pertumbuhan sekunder. Xilem ini terdiri daripada dua sistem, iaitu sistem aksial yang berasal daripada sel pemula fusiform yang terdapat dalam kambium vaskular. Sistem ini terdiri daripada unsur trakeid dan gentian. Sistem kedua ialah sistem ruji yang terbentuk daripada sel pemula ruji yang juga terdapat dalam kambium vaskular, dan sistem ini juga terdiri daripada parenkima ruji.
protoxylemprotoxilemBiologiHistologi dan SitologiUnsur xilem ulung yang menjadi xilem primer yang pertama terbentuk pada sesuatu organ tumbuh-tumbuhan.
primary xylemxilem primerPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanXilem yang mula-mula terbentuk, yang membeza daripada meristem apeks. Xilem awal biasanya terdapat pada sisi empulur.
xylemxilemBotaniTiadaTisu vaskular yang terdiri daripada unsur trakeid, gentian dan parenkima kayu. Xilem biasanya hadir bersama-sama floem dalam berkas vaskular dan selalunya terletak di bahagian dalam floem. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dalam tumbuhan.
vascular bundleberkas vaskularBotaniTiadaJaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular.
concentric bundleberkas sepusatBotaniTiadaBerkas vaskular yang floem atau xilemnya mengelilingi salah satu di antaranya. Berkas ini dinamakan amfikribal apabila floem mengelilingi xilem, dan amfivasal apabila xilem mengelilingi floem. Apabila dibuat keratan rentas, berkas ini menunjukkan susunan sepusat.
secondary xylemxilem sekunderPerhutananTiadaXilem yang terbentuk oleh kambium vaskular semasa pertumbuhan sekunder. Sinonim: kayu, kayu sekunder.
1234567

Kembali ke atas