Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Arif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sr kata utk memanggil (menarik perhatian dll), hai, wahai: ~ Allah, ~ Rabbi, ~ Saidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ya

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qasidaqasidahKesusasteraanPuisiBentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin
single system of votingsistem pengundian tunggalSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang dijalankan dengan cara menandakan Ya atau Tidak kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya perbezaan majoriti antara calon adalah kecil, maka pilihan raya akan diadakan sekali lagi. Pada pemilihan kedua ini, hanya dua calon yang mendapat undi tertinggi dibolehkan bertanding semula seperti yang diamalkan di Perancis.
open-ended questionsoalan terbukaSains PolitikPolitik PerbandinganSoalan kepada responden dalam suatu kerja lapangan penyelidikan yang bersifat terbuka dan subjektif jawapannya. Responden bebas menjawab mengikut fikirannya tanpa sebarang pilihan. Ini berbeza dengan soalan tertutup, apabila responden diberi pilihan seperti 'Ya' atau 'Tidak', 'Benar' atau 'Salah' dan 'Sangat Setuju', 'Setuju', 'Tidak Setuju' dan 'Sangat Tidak Setuju'. Soalan tertutup ini memberi pilihan yang terbatas sebaliknya soalan terbuka membolehkan responden menjawab mengikut pandangannya tanpa sebarang pilihan.
dialoguedialogKesusasteraanTiadaPerbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak.
burdenulanganKesusasteraanPuisiAspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang)

Kembali ke atas