Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yahudi

Puisi
 

Bukan benar bangsa Yahudi,
     Dia benar kafir melaun;
Jika terkenang sebarang budi,
     Tidak kukenang seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
anti-Semitismfaham anti-YahudiSejarahTiadaFahaman permusuhan dengan orang-orang Yahudi yang dianuti oleh golongn Nazi yang muncul pada pertengahan abad ke-19.
holocaustholocaustSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah yang digunakan oleh sejarawan Yahudi untuk merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler. Peristiwa ini dinamakan oleh mereka sebagai penyelesaian akhir.
kosher foodmakanan kosyerMakanan dan PemakananMakananMakanan yang dibenarkan mengikut peraturan diet Yahudi (kashrut) berdasarkan undang-undang Yahudi (halakha). Peraturan ini merangkumi jenis makanan yang dibenarkan, cara penyembelihan, atau penyediaan makanan serta gabungan makanan yang dibenarkan.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
gentilebukan YahudiSejarahTiadaTiada
Hebrew CivilizationPeradaban YahudiSejarahTiadaTiada
Jew�s ear funguskulat telinga YahudiBiologiMikologilih. kulat telinga kucing.
1234

Kembali ke atas