Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yaÖ.ni]/[yak.ni] | يعني

Definisi : iaitu (diikuti oleh kalimat yg menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya): majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yaÖ.ni]/[yak.ni] | يعني

Definisi : iaitu; ialah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yakni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detection limithad pengesananKimiaKimia Analisis1. Kepekatan atau kuantiti minimum yang dapat dikesan dengan 95% ketentuannya. Yakni kuantiti atau kepekatan yang memberikan bacaan sama dengan dua kali sisihan piawai satu siri pengukuran sekurang-kurangnya 10 kali. 2. Kepekatan minimum untuk menghasilkan magnitud isyarat sebanyak dua kali isyarat bisingan.
conflictkonflikKesusasteraanTiadaPertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik.
chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan alat cetak oleh Barat akhirnya menyebabkan budaya kirografik semakin menurun dan digantikan dengan budaya tipografi. Dalam budaya tipografi, percetakan dan penghasilan bahan bacaan meningkat dan lebih cepat.
mirror phasefasa cerminanKesusasteraanTiadaProses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri.
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
existentialismeksistensialismeKesusasteraanTiadaFahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang.

Kembali ke atas